Kemahiran ICT @ PEDi Tambun Tulang

23 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 22 November 2023, telah berlangsung Kemahiran ICT @ PEDi Tambun Tulang. Program ini berlangsung di PEDi Tambun Tulang bermula pada 3.00 Petang hingga 5.00 Petang. Program ini diadakan untuk menyampaikan informasi tentang PEDi yang memainkan pelbagai peranan termasuk menyampaikan informasi tentang maklumat palsu dan klik dengan bijak kepada komuniti setempat. Terdapat beberapa aktiviti sampingan yang dijalankan oleh PEDi Tambun Tulang antaranya Tugasan Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali